Menonton video dalam aplikasi Filem
Gunakan aplikasi Filem untuk memainkan filem dan kandungan video lain yang telah
anda simpan atau muat turun ke telefon anda. Aplikasi Filem membantu anda
mendapatkan seni poster, ringkasan plot, maklumat genre dan butiran pengarah untuk
setiap filem juga. Anda turut dapat memainkan filem anda pada peranti lain yang
disambungkan pada rangkaian yang sama.
Sesetengah fail video mungkin tidak dapat dimainkan dalam aplikasi Filem.
1
Lihat pilihan menu
2
Seret tepi sebelah kiri skrin ke kanan untuk menyemak imbas semua video yang dimuat turun dan
disimpan
3
Ketik untuk memainkan fail video yang disimpan atau dimuat turun
Untuk memainkan video dalam Filem
1
Dari Skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
Filem.
2
Cari dan ketik video yang hendak dimainkan. Jika video itu tidak dipaparkan pada
skirn, seret sisi kiri skrin ke kanan untuk membuka skrin utama Filem, kemudian
cari dan ketik video yang hendak dimainkan.
3
Untuk memaparkan atau menyembunyikan kawalan, ketik skrin.
4
Untuk menjedakan main, ketik . Untuk menyambung semula main, ketik .
5
Untuk memutar balik, seret penanda bar kemajuan ke kiri. Untuk memaju pantas,
seret penanda bar kemajuan ke kanan.
Untuk menukar tetapan dalam Filem
1
Dari Skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik
Filem.
2
Ketik >
Tetapan, kemudian tukar tetapan seperti yang diingini.
Untuk menukar tetapan bunyi semasa video dimainkan
1
Semasa video sedang dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan kawalan.
2
Ketik , kemudian ketik
Tetapan bunyi.
3
Tandakan kotak semak untuk seting bunyi yang anda mahu aktifkan.
4
Setelah anda selesai, ketik
OK.
87
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk berkongsi video
1
Apabila video dimainkan, ketik , kemudian ketik
Kongsi.
2
Dalam menu yang dibuka, ketik aplikasi yang anda mahu gunakan untuk
berkongsi video yang dipilih kemudian ikut langkah yang relevan untuk
menghantarnya.