Sony Xperia E1 - Kunci skrin

background image

Kunci skrin

Terdapat beberapa cara untuk mengunci skrin. Tahap keselamatan bagi setiap jenis

kunci disenaraikan di bawah dalam susunan paling lemah hingga paling kukuh:

Leret – tiada perlindungan, tetapi anda mempunyai akses pantas ke skrin Utama

Buka Kunci Wajah – membuka kunci peranti anda apabila anda memandangnya

Corak buka kunci – lukis corak yang mudah dengan jari untuk membuka kunci peranti

anda

PIN Buka Kunci – masukkan PIN angka sekurang-kurangnya empat digit untuk

membuka kunci peranti anda

Kata laluan buka kunci – masukkan kata laluan angka-abjad untuk membuka kunci

peranti anda

Adalah sangat penting untuk anda mengingati corak, PIN atau kata laluan buka kunci skrin

anda. Jika anda terlupa maklumat ini, adalah tidak mungkin untuk memulihkan data penting

seperti kenalan dan mesej.

Untuk menyediakan ciri Buka Kunci Wajah

1

Dari Skrin Utama anda, ketik >

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin.

2

Ketik

Buka Kunci Muka, kemudian ikuti arahan dalam peranti anda untuk

menangkap foto wajah anda.

3

Setelah wajah anda berjaya dirakam, ketik

Teruskan.

4

Pilih kaedah buka kunci sandaran dan ikuti arahan dalam peranti untuk

melengkapkan persediaan.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, rakam muka anda dalam kawasan dalam bangunan

yang bercahaya terang tetapi tidak terlalu terang dan pegang peranti pada paras mata.

Untuk membuka kunci skrin menggunakan ciri Buka Kunci Wajah

1

Aktifkan skrin.

2

Lihat peranti anda dari sudut yang sama yang anda gunakan untuk merakam foto

Buka Kunci Wajah anda.

Jika ciri Buka Kunci Wajah gagal untuk mengenali wajat anda, anda mesti menggunakan

kaedah buka kunci untuk membuka kunci skrin.

Untuk membuat corak kunci skrin

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin > Corak.

3

Ikut arahan dalam peranti anda.

Jika corak kunci anda ditolak lima kali berturut-turut apabila anda cuba membuka kunci

peranti, anda perlu menunggu 30 saat dan kemudian cuba lagi.

35

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menukar corak kunci skrin

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin.

3

Lukis corak buka kunci skrin anda.

4

Ketik

Corak dan ikuti arahan dalam peranti anda,

Untuk membuat PIN buka kunci skrin

1

Dari Skrin utama anda, ketik >

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin > PIN.

2

Masukkan PIN angka.

3

Jika perlu, ketik untuk meminimumkan papan kekunci.

4

Ketik

Teruskan.

5

Masukkan semula dan sahkan PIN anda.

6

Jika perlu, ketik untuk meminimumkan papan kekunci.

7

Ketik

OK.

Untuk membuat kata laluan kunci skrin

1

Dari Skrin Utama anda, ketik >

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin > Kata

Lalulan.

2

Masukkan kata laluan.

3

Jika perlu, ketik untuk meminimumkan papan kekunci.

4

Ketik

Teruskan.

5

Masukkan semula dan sahkan kata laluan anda.

6

Jika perlu, ketik untuk meminimumkan papan kekunci.

7

Ketik

OK.

Untuk menukar jenis kunci skrin

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan > Kunci skrin.

3

Ikut arahan dalam peranti anda dan pilih jenis kunci skrin yang lain.