Ingatan dan storan
Peranti anda mempunyai pelbagai jenis ingatan dan keupayaan storan untuk foto,
aplikasi dan fail lain:
•
Storan dalaman adalah kira-kira 2 GB dan digunakan untuk menyimpan kandungan
yang dimuat turun atau dipindahkan bersama-sama tetapan dan data peribadi.
Contohnya tetapan penggera, kelantangan dan bahasa, e-mel, penanda buku, log
panggilan, kenalan, mesej, peristiwa kalendar, foto, video dan muzik.
•
Anda boleh menggunakan
kad ingatan boleh tanggal sehingga 32 GB untuk
mendapatkan lebih banyak ruang storan. Kebanyakan aplikasi boleh membaca data
daripada kad ingatan tetapi hanya aplikasi tertentu yang boleh menyimpan fail ke ingatan
jenis ini. Contohnya, anda boleh menetapkan aplikasi kamera supaya menyimpan foto
terus ke kad ingatan.
•
Memori dinamik (RAM) adalah kira-kira 512 MB dan tidak boleh digunakan untuk
storan. RAM digunakan untuk mengendalikan aplikasi yang berjalan dan sistem operasi.
Anda mungkin perlu membeli kad ingatan secara berasingan.
Baca lebih lanjut mengenai penggunaan ingatan dalam peranti Android dengan memuat
turun Kertas putih untuk peranti anda di
www.sonymobile.com/support.
Memperbaik prestasi memori
Memori dalam peranti anda cenderung untuk penuh sebagai hasil penggunaan biasa.
Jika peranti mulai perlahan atau aplikasi tiba-tiba terpadam, anda harus
mempertimbangkan yang berikut:
104
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
•
Sentiasa mempunyai lebih daripada
100 MB storan dalaman kosong dan lebih daripada
100 MB RAM kosong.
•
Tutup aplikasi berjalan yang tidak anda gunakan.
•
Padam bersih memori cache untuk semua aplikasi.
•
Nyahpasang aplikasi yang dimuat turun yang tidak anda gunakan.
•
Pindahkan foto, video dan muzik dari memori dalaman ke kad memori.
•
Jika peranti anda tidak boleh membaca kandungan pada kad memori, anda mungkin
perlu memformatnya.
Untuk melihat status ingatan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan.
Untuk melihat jumlah RAM yang bebas dan digunakan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi > Berjalan.
Untuk mengosongkan ingatan cache bagi semua aplikasi
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan >Storan.
3
Ketik
Data cache > OK.
Apabila anda mengosongkan ingatan cache, anda tidak kehilangan sebarang maklumat
penting atau tetapan.
Untuk memindahkan fail media ke kad memori
1
Pastikan anda mempunyai kad memori yang dimasukkan ke dalam peranti anda.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Storan > Pindahkan data ke kad SD.
4
Tandakan jenis fail yang anda mahukan untuk dipindahkan ke kad memori.
5
Ketik
Pemindahan.
Untuk menghentikan aplikasi dan perkhidmatan daripada dijalankan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi > Berjalan.
3
Pilih aplikasi atau perkhidmatan, kemudian ketik
Henti.
Untuk memformatkan kad memori
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan > Hapuskan data kad SD.
3
Untuk mengesahkan, ketik
Hapuskan data kad SD > Padam semua
Semua kandungan pada kad memori dipadamkan apabila anda memformatkannya. Pastikan
anda membuat sandaran semua yang anda mahu simpan sebelum memformat kad memori.
Untuk membuat sandaran kandungan, anda boleh menyalinnya ke komputer. Untuk maklumat
lanjut, lihat
Mengurus fail menggunakan komputer
pada halaman 91 .