Menggunakan perkhidmatan lokasi
Perkhidmatan lokasi membolehkan aplikasi seperti Peta dan kamera menggunakan
maklumat daripada rangkaian mudah alih dan Wi-Fi® serta maklumat Sistem Kedudukan
Sejagat (GPS) untuk menentukan kedudukan anggaran anda. Jika anda tidak berada
dalam garisan penglihatan jelas satelit GPS, peranti anda boleh menentukan lokasi anda
menggunakan fungsi Wi-Fi®. Dan jika anda tidak berada dalam liputan rangkaian Wi-
Fi®, peranti anda boleh menentukan lokasi anda menggunakan rangkaian mudah alih
anda.
Untuk menggunakan rangkaian anda bagi mengetahui lokasi anda berada, anda perlu
mendayakan perkhidmatan lokasi.
Untuk mendayakan perkhidmatan lokasi
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lokasi.
3
Seret peluncur di sebelah
Lokasi ke kanan.
4
Ketik
Setuju dua kali untuk mengesahkan.
Apabila anda mendayakan perkhidmatan lokasi, kedua-dua
Satelit GPS dan Perkhidmatan
lokasi Google didayakan secara lalai. Anda boleh nyahdayakan mana-mana pilihan secara
manual.
Untuk membenarkan aplikasi Google untuk mengakses lokasi anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Google > Lokasi.
3
Seret penggelangsar bersebelahan
Lokasi ke arah kanan.
4
Ketik
Setuju dua kali untuk sahkan.
Apabila anda mendayakan perkhidmatan lokasi, kedua-dua
Satelit GPS dan Perkhidmatan
lokasi Google didayakan secara lalai. Anda boleh nyahdayakan mana-mana pilih secara
manual.
Memperbaik ketepatan GPS
Pada kali pertama anda menggunakan GPS pada peranti anda, ia boleh mengambil
masa 5 hingga 10 minit untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu carian, pastikan
anda mempunyai pandangan langit yang jelas. Berdiri tegak dan jangan lindungi antena
GPS (kawasan yang diserlahkan dalam imej). Isyarat GPS boleh melepasti awan dan
plastik, tetapi tidak melalui objek pejal seperti bangunan dan gunung. Jika lokasi anda
tidak dijumpai selepas beberapa minit, bergerak ke lokasi lain.
95
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.