Sony Xperia E1 - Senarai main

background image

Senarai main

Pada skrin utama “WALKMAN”, anda boleh membuat senarai main anda sendiri

daripada muzik yang disimpan pada peranti anda.

Untuk membuat senarai main anda sendiri

1

Dari skrin utama “WALKMAN” sentuh terus nama album atau lagu yang mahu

ditambahkan pada senarai main.

2

Dalam menu yang terbuka, ketik

Tambah pada > Wujudkn snarai main baru.

3

Masukkan nama untuk senarai main dan ketik

OK.

Anda juga boleh mengetik seni album dan kemudian mengetik untuk membuat senarai

main baru.

Untuk memainkan senarai main anda sendiri

1

Buka menu skrin utama “WALKMAN”, kemudian ketik

Senarai main.

2

Di bawah

Senarai main, pilih senarai main yang hendak dibuka.

3

Jika anda mahu memainkan satu lagu sahaja dalam senarai main itu, ketik nama

lagu tersebut. Jika anda mahu memainkan semua lagu, ketik

Kocok semua.

Untuk menambahkan lagu pada senarai main

1

Dari skrin utama “WALKMAN”, semak imbas ke lagu atau album yang mahu

ditambahkan pada senarai main.

2

Sentuh terus tajuk lagu atau album, kemudian ketik

Tambah pada.

3

Ketik nama senarai main yang ingin anda tambahkan album atau lagu itu. Album

atau lagu ditambahkan pada senarai main.

Untuk mengalih keluar lagu daripada senarai main

1

Dalam senarai main, sentuh terus tajuk lagu yang anda hendak padam.

2

Ketik

Padamkn drpd senarai main daripada senarai yang muncul.

Untuk memadamkan senarai main

1

Buka menu skrin utama “WALKMAN”, kemudian ketik

Senarai main.

2

Sentuh terus senarai main yang anda ingin padamkan.

3

Ketik

Padam.

4

Ketik

Padam sekali lagi untuk mengesahkan.

Anda tidak boleh memadamkan senarai main lalai.