Sony Xperia E1 - Menyelaras dengan Microsoft® Exchange ActiveSync®

background image

Menyelaras dengan Microsoft® Exchange ActiveSync®

Dengan akaun Microsoft Exchange ActiveSync, anda boleh mengakses mesej e-mel

korporat anda, janji temu kalendar dan kenalan anda secara terus pada peranti anda.

Selepas persediaan, anda boleh mendapatkan maklumat dalam aplikasi

E-mel,

Kalendar dan Kenalan .

Untuk menetapkan akaun EAS bagi penyegerakan

1

Pastikan anda mempunyai butiran domain dan pelayan, yang disediakan oleh

pentadbir rangkaian korporat anda.

2

Daripada Skrin Utama anda, ketik .

3

Ketik

Tetapan > Tambah akaun > Exchange ActiveSync.

4

Masukkan alamat e-mel korporat dan kata laluan anda.

5

Ketik

Seterusnya. Peranti anda mula mengambil maklumat akaun anda. Jika

kegagalan berlaku, masukkan butiran domain dan pelayan untuk akaun anda

secara manual, kemudian ketik

Seterusnya.

6

Ketik

OK untuk membenarkan pelayan korporat anda mengawal peranti anda.

7

Pilih data yang anda mahu segerakkan dengan peranti anda, seperti entri kenalan

dan kalendar.

8

Jika dikehendaki, aktifkan pentadbir peranti untuk membenarkan pelayan korporat

anda mengawal ciri keselamatan tertentu pada peranti anda. Contohnya, anda

boleh benarkan pelayan korporat anda menetapkan peraturan kata laluan dan

menetapkan penyulitan storan.

9

Apabila persediaan selesai, masukkan nama untuk akaun korporat.

Apabila anda menukar kata laluan log masuk untuk akaun EAS pada komputer anda, anda

perlu log masuk semula ke akaun EAS di peranti anda.

31

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menukar tetapan akaun EAS

1

Daripada Skrin Utama anda, ketik .

2

Ketik

E-mel, kemudian ketik .

3

Ketik

Tetapan dan pilih akaun EAS, kemudian tukar tetapan akaun EAS seperti

yang dikehendaki.

Untuk menetapkan selang penyelarasan untuk akaun EAS

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Ketik

E-mel, kemudian ketik .

3

Ketik

Tetapan dan pilih akaun EAS.

4

Ketik

Kekerapan semak akaun > Kekerapan penyemakan dan buat pilihan

selang waktu.

Untuk mengeluarkan akaun EAS

1

Daripada Skrin Utama anda, ketik >

Tetapan.

2

Di bawah

Akaun, ketik Exchange ActiveSync, kemudian pilih akaun EAS yang

anda ingin keluarkan.

3

Ketik , kemudian ketik

Alih keluar akaun.

4

Ketik

Alih keluar akaun sekali lagi untuk sahkan.

32

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.