Gambaran keseluruhan aplikasi
Gunakan aplikasi Penggera dan jam untuk menetapkan pelbagai jenis penggera.
Gunakan penyemak imbas web anda untuk menavigasi dan melihat halaman
web, mengurus penanda buku dan mengurus teks dan imej.
Gunakan aplikasi Kalkulator untuk melaksanakan pengiraan asas.
Gunakan aplikasi Kalendar untuk menjejak peristiwa anda dan mengurus janji
temu anda.
Gunakan kamera untuk mengambil foto dan merakam klip video.
21
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Gunakan aplikasi Kenalan untuk mengurus nombor telefon, alamat e-mel dan
maklumat lain yang berkaitan dengan kenalan anda.
Akses aplikasi yang anda muat turun.
Gunakan aplikasi E-mel untuk menghantar dan menerima e-mel melalui akaun
peribadi dan korporat.
Gunakan aplikasi Facebook™ untuk berinteraksi dalam rangkaian sosial dengan
rakan, ahli keluarga dan rakan sejawat di seluruh dunia.
Semak imbas dan dengar stesen radio FM.
Gunakan aplikasi Album untuk melihat dan mengendalikan foto dan video anda.
Gunakan aplikasi Gmail™ untuk membaca, menulis dan menyusun mesej e-mel.
Cari maklumat pada peranti anda dan di web.
Lihat lokasi semasa anda, cari lokasi lain dan kira laluan menggunakan Google
Maps™.
Pergi ke Google Play™ untuk memuat turun aplikasi percuma dan berbayar
untuk peranti anda.
Gunakan aplikasi Pemesejan untuk menghantar dan menerima mesej teks dan
multimedia.
Gunakan aplikasi Filem untuk memainkan video pada peranti anda dan
berkongsi kandungan dengan rakan anda.
Gunakan aplikasi "WALKMAN" untuk menyusun dan memainkan muzik, buku
audio dan podcast.
Lihat berita dan ramalan cuaca.
Buat panggilan telefon dengan mendail nombor secara manual atau
menggunakan fungsi dail pintar.
Optimumkan tetapan supaya sesuai dengan keperluan anda sendiri.
Gunakan aplikasi Hangouts™ untuk berbual dengan rakan dalam talian.
Kenal pasti trek muzik yang anda dengar berkumandang dalam persekitaran
anda dan dapatkan maklumat artis, album dan maklumat lain.
Gunakan YouTube™ untuk berkongsi dan menonton video dari seluruh dunia.
Gunakan aplikasi Sokongan untuk mengakses sokongan pengguna dalam
peranti. Contohnya, anda boleh mengakses Panduan pengguna, maklumat
penyelesaian masalah, serta petua dan kiat.
Muat turun dan pasang aplikasi dan kemas kini baru.
Sesetengah aplikasi tidak disokong oleh semua rangkaian dan/atau pembekal perkhidmatan di
semua kawasan.
22
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.