Sony Xperia E1 - Maklumat undang-undang

background image

Maklumat undang-undang

Sony D2004/D2005

Panduan pengguna ini diterbitkan oleh Sony Mobile Communications AB atau syarikat bersekutu tempatannya,

tanpa sebarang waranti. Penambahbaikan dan perubahan kepada Panduan pengguna ini yang disebabkan

kesilapan tipografi, maklumat semasa yang tidak tepat atau penambahbaikan program dan/atau peralatan, boleh

dilakukan oleh Sony Mobile Communications AB pada bila-bila masa tanpa notis. Walau bagaimanapun,

perubahan tersebut akan disatukan ke dalam edisi baru Panduan pengguna ini.
©Sony Mobile Communications AB, 2013.
Peranti mudah alih anda berkeupayaan untuk memuat turun, menyimpan dan memajukan kandungan tambahan,

sebagai contoh, nada dering. Penggunaan kandungan tersebut mungkin disekat atau dilarang oleh hak pihak

ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sekatan di bawah undang-undang hak cipta yang diguna pakai. Anda,

dan bukan Sony, bertanggungjawab sepenuhnya bagi kandungan tambahan yang anda muat turun atau majukan

dari peranti mudah alih anda. Sebelum penggunaan sebarang kandungan tambahan, sila sahkan bahawa tujuan

penggunaan anda itu dilesenkan sewajarnya atau dibenarkan. Sony tidak menjamin ketepatan, integriti atau kualiti

sebarang kandungan tambahan atau sebarang kandungan pihak ketiga yang lain. Dalam apa-apa keadaan

sekalipun Sony tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap penggunaan tidak wajar kandungan tambahan

atau kandungan pihak ketiga yang lain.
Panduan pengguna ini boleh merujuk perkhidmatan atau aplikasi yang dibekalkan oleh pihak ketiga. Penggunaan

pemprograman atau perkhidmatan sedemikian mungkin memerlukan pendaftaran yang berasingan dengan

pembekal pihak ketiga dan mungkin tertakluk kepada terma penggunaan tambahan. Bagi aplikasi yang diakses

pada atau melalui laman web pihak ketiga, sila semak dahulu terma penggunaan dan dasar privasi yang dikenakan

oleh laman web sedemikian. Sony tidak menjamin ketersediaan atau prestasi sebarang laman web pihak ketiga

atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Sony adalah tanda dagangan Sony Corporation. Android adalah tanda dagangan Google Inc. Semua produk dan

nama syarikat lain yang dinyatakan di sini adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-

masing. Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata dalam buku panduan ini adalah terpelihara. Lawati

www.sonymobile.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan peranti sebenar dengan

tepat.
Produk ini dilindungi oleh hak harta intelektual tertentu Microsoft. Penggunaan atau pengedaran teknologi

sedemikian di luar produk ini dilarang tanpa lesen daripada Microsoft.
Pemilik kandungan menggunakan teknologi pengurusan hak digital Windows Media (WMDRM) untuk melindungi

hak milik intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan perisian WMDRM untuk mengakses

kandungan yang dilindungi WMDRM. Jika perisian WMDRM gagal melindungi kandungan, pemilik kandungan

boleh meminta Microsoft untuk membatalkan keupayaan perisian untuk menggunakan WMDRM untuk memainkan

atau menyalin kandungan yang dilindungi. Pembatalan tidak memberi kesan pada kandungan yang tidak dilindungi.

Apabila anda memuat turun lesen untuk kandungan yang dilindungi, anda bersetuju bahawa Microsoft boleh

memasukkan senarai pembatalan dengan lesen. Pemilik kandungan mungkin memerlukan anda menaik taraf

WMDRM untuk mengakses kandungan mereka. Jika anda menolak penaikan taraf, anda tidak akan dapat

mengakses kandungan yang memerlukan naik taraf tersebut.
Produk ini dilesenkan di bawah visual MPEG-4 dan lesen portfolio paten AVC untuk penggunaan peribadi dan

bukan komersil pengguna untuk (i) pengekodan video yang mematuhi standard visual MPEG-4 ("video MPEG-4")

atau standard AVC ("video AVC") dan/atau (ii) penyahkodan MPEG-4 atau video AVC yang dikodkan oleh

pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersil dan/atau telah mendapatkannya daripada

pembekal video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk membekalkan MPEG-4 dan/atau video AVC. Tiada lesen

diberikan atau boleh dikenakan secara tersirat untuk sebarang penggunaan lain. Maklumat tambahan termasuk

maklumat yang berkaitan dengan promosi, penggunaan dalaman dan komersil dan pelesenan boleh diperolehi

daripada MPEG LA, L.L.C. Lihat http://www.mpegla.com. Teknologi penyahkodan audio MPEG Layer-3 berlesen

daripada Fraunhofer IIS and Thomson.

109

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

SONY MOBILE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG KEHILANGAN, PEMADAMAN DAN/

ATAU PENULISAN GANTI DATA BAGI DATA PERIBADI ATAU FAIL YANG DISIMPAN PADA TELEFON ANDA

(TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KENALAN, TREK MUZIK DAN GAMBAR) YANG TIMBUL

DARIPADA SEBARANG KEMAS KINI PERANTI MELALUI SEBARANG KAEDAH YANG DITERANGKAN DALAM

PANDUAN PENGGUNA INI, SERTA YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN SEBARANG PETUNJUK DAN

PETUA YANG DIBERIKAN DI BAWAH SUBSEKSYEN “KAEDAH MEMINDAHKAN KENALAN” DAN “STORAN

DATA” DOKUMEN INI. DALAM APA JUGA KEADAAN, JUMLAH LIABILITI SONY MOBILE ATAU PEMBEKALNYA

TERHADAP ANDA UNTUK SEBARANG DAN SEMUA KEROSAKAN, KEHILANGAN DAN PUNCA TINDAKAN

(SAMA ADA DALAM KONTRAK ATAU TORT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KECUAIAN ATAU

SEBALIKNYA) ADALAH TIDAK MELEBIHI AMAUN SEBENAR YANG ANDA BAYAR UNTUK PERANTI ANDA.

110

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.