Sony Xperia E1 - Tetapan kamera umum

background image

Tetapan kamera umum

Gambaran keseluruhan tetapan mod tangkapan

Auto superior

Optimumkan tetapan anda untuk disesuaikan dengan sebarang pemandangan.

Manual

Laraskan tetapan kamera secara manual.

Kaburkan ltr belakang

Kaburkan latar belakang foto anda untuk menjadikan subjek anda secara perbandingannya kelihatan

lebih tajam.

74

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Kesan AR

Ambil foto dengan pemandangan dan watak maya.

Kesan kreatif

Gunakan kesan pada foto atau video.

Timeshift burst

Cari foto terbaik daripada letusan imej.

Social live

Siarkan video secara langsung ke Facebook™.

Sapuan Panorama

Gunakan tetapan ini untuk mengambil foto panoramik bersudut luas. Hanya ketik skrin dan alihkan

kamera dengan stabil dari satu sisi ke sisi yang lain.

Mengemasi potret

Ambil foto dengan gaya potret masa nyata.

Info-eye™

Aplikasi Info-eye™ membantu anda mencari maklumat tentang perkara-perkara di

sekeliling anda dengan menggunakan pemidang tilik kamera anda. Sebagai contoh,

anda boleh menangkap satu foto tanda tempat dan menerima maklumatnya pada skrin

anda. Atau anda boleh mengambil foto sebuah buku atau mengimbas QR code dan

mendapatkan maklumat latar belakang serta-merta.

Info-eye™ hanya boleh mengecam tanda tempat atau objek yang dipilih.

Kesan AR

Anda boleh menggunakan kesan AR (realiti tambahan) pada foto anda dan membuat

mereka lebih menyeronokkan. Tetapan ini membolehkan anda mengintegrasikan

pemandangan 3D ke dalam foto anda semasa anda mengambil gambar. Hanya perlu

memilih pemandangan yang anda ingin dan melaraskan kedudukannya dalam pemidang

tilik.

Timeshift burst

Kamera mengambil letusan 61 gambar dalam tetingkap dua saat – satu saat sebelum

dan selepas anda menekan kekunci kamera. Jadi, anda boleh kembali dan mencari imej

yang sempurna.

Untuk menggunakan Timeshift burst

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian pilih .

3

Untuk mengambil foto, tekan kekunci kamera sepenuhnya ke bawah dan

lepaskannya. Foto yang diambil muncul dalam paparan imej kecil.

4

Tatal imej kecil dan pilih foto yang anda ingin simpan, kemudian ketik .

Social live

Social live adalah satu mod tangkapan kamera yang membolehkan anda menstrim video

secara langsung ke laman Facebook™ anda. Anda hanya perlu mempunyai sambungan

internet aktif dan log masuk ke dalam Facebook™. Video boleh mencapai sehingga 10

minit.

Untuk menyiarkan video secara langsung dengan menggunakan Social live

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian pilih .

3

Log masuk ke akaun Facebook™ anda.

4

Ketik untuk mula menyiarkan.

5

Untuk mengambil foto semasa siaran, ketik .

6

Untuk menghentikan siaran, ketik .

75

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera apabila skrin dikunci.

Lancarkan sahaja

Selepas anda menyeret ke atas, kamera utama dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar dan tangkap

Selepas anda menyeret ke atas, kamera pegun dilancarkan daripada mod tidur dan foto ditangkap.

Lancar dan rakam video

Selepas anda menyeret ke atas, kamera video dilancarkan daripada mod tidur dan memulakan rakaman.

Matikan

Geoteg

Tag foto dengan butiran tempat anda mengambilnya.

Tangkapan sentuh

Kenal pasti kawasan fokus, kemudian sentuh skrin kamera dengan jari anda. Foto

diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda.

Bunyi pengatup

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup apabila anda merakam video.

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda pada kad SD yang boleh ditanggalkan

atau pada storan dalaman peranti anda.

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.

Imbangan putih

Fungsi ini melaraskan keseimbangan warna menurut keadaan pencahayaan Ikon tetapan

imbangan putih tersedia pada skrin kamera.

Auto

Melaraskan keseimbangan warna secara automatik agar disesuaikan kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol lampu.

Pendarfluor

Melaraskan keseimbangan warna untuk pencahayaan pendarfluor.

Siang hari

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Melaraskan keseimbangan warna untuk langit mendung.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan

Manual.