Tetapan kamera pegun
Untuk melaraskan tetapan kamera pegun
1
Aktifkan kamera.
2
Untuk memapar semua tetapan, ketik .
3
Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian sunting seperti yang diingini.
76
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Gambaran keseluruhan tetapan kamera pegun
Resolusi
Pilih antara beberapa resolusi dan nisbah bidang sebelum mengambil foto. Foto dengan
resolusi yang lebih tinggi memerlukan ingatan yang lebih besar.
3MP
2048×1536(4:3)
Resolusi 3 megapiksel dengan nisbah bidang 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan
bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
2MP
1920×1080(16:9)
Resolusi 2 megapiksel dengan nisbah bidang 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan
skrin lebar.
1MP
1280×720(16:9)
Resolusi 1 megapiksel dengan nisbah bidang 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan
skrin lebar.
WVGA
800×600(4:3)
Format WVGA dengan nisbah bidang 4:3. 800x600 piksel.
VGA
640×480(4:3)
Format VGA dengan nisbah bidang 4:3. 640x480 piksel.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Pemasa diri
Dengan pemasa diri anda boleh mengambil foto tanpa memegang peranti. Gunakan
fungsi ini untuk mengambil potret diri atau foto kumpulan agar semua orang boleh
berada dalam foto tersebut. Anda juga boleh menggunakan pemasa diri untuk
mengelakkan kamera bergegar semasa mengambil foto.
Hidup (10 s.)
Tetapkan tundaan 10 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.
Hidup (2 s.)
Tetapkan tundaan 2 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.
Matikan
Foto diambil sebaik sahaja anda mengetik skrin kamera.
Smile Shutter™
Gunakan fungsi Smile Shutter™ untuk menentukan jenis senyuman mana kamera akan
bertindak balas sebelum mengambil foto.
Mod Fokus
Fungsi fokus mengawal bahagian foto yang seharusnya tajam. Apabila autofokus
berterusan dihidupkan, kamera sentiasa melaraskan fokus supaya kawasan dalam
bingkai fokus berwarna kekal tajam.
Fokus auto tunggal
Kamera memfokus secara automatik pada subjek yang dipilih. Autofokus berterusan dihidupkan. Sentuh
terus skrin kamera sehingga bingkai fokus kuning bertukar menjadi biru, yang menunjukkan fokus sudah
ditetapkan. Foto diambil apabila anda melepaskan jari anda.
Pengesanan muka
Kamera mengecam sehingga lima muka manusia secara automatik, ditunjukkan dengan bingkai pada skrin.
Kamera memfokus pada muka terdekat secara automatik. Anda boleh memilih muka yang ingin difokuskan
dengan mengetiknya pada skrin juga. Apabila anda mengetik skrin kamera, bingkai biru menunjukkan muka
yang dipilih dan berada dalam fokus. Pengecaman muka tidak boleh digunakan untuk semua jenis
pemandangan. Autofokus berterusan dihidupkan.
77
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Fokus sentuh
Sentuh kawasan tertentu pada skrin kamera untuk menetapkan kawasan yang difokuskan. Autofokus
berterusan dimatikan. Sentuh terus skrin kamera sehingga bingkai fokus kuning bertukar menjadi biru, yang
menunjukkan fokus sudah ditetapkan. Foto diambil apabila anda melepaskan jari anda.
Penjejakan objek
Apabila anda memilih objek dengan menyentuhnya dalam pemidang tilik, kamera menjejakinya untuk anda.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Permeteran
Fungsi ini menentukan dedahan seimbang secara automatik dengan mengukur jumlah
cahaya yang terpancar pada imej yang anda ingin tangkap.
Tengah
Melaraskan dedahan ke tengah imej.
Purata
Mengira dedahan berdasarkan jumlah cahaya yang memancar pada seluruh imej.
Titik
Melaraskan dedahan dalam bahagian imej yang paling kecil yang anda ingin tangkap.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Pratonton
Anda boleh memilih untuk pratonton foto atau video sebaik sahaja anda menangkapnya.
Tanpa had
Pratonton foto atau video kelihatan selepas anda menangkapnya.
5 saat
Pratonton foto atau video kelihatan selama 5 saat selepas anda menangkapnya.
3 saat
Pratonton foto atau video kelihatan selama 3 saat selepas anda menangkapnya.
Sunting
Pratonton foto atau video terbuka untuk penyuntingan selepas anda menangkapnya.
Matikan
Foto atau video disimpan selepas anda menangkapnya dan tiada pratonton kelihatan.
Pendaftaran muka
Anda boleh mendaftarkan muka dengan aplikasi Kamera agar pemidang tilik memfokus
secara automatik pada muka-muka ini apabila ia kelihatan dalam pemidang tilik.
Denyar
Gunakan denyar untuk mengambil foto semasa keadaan pencahayaan tidak terang atau
apabila terdapat cahaya latar. Pilihan berikut tersedia apabila anda ketik ikon denyar
pada skrin kamera:
Auto
Kamera menentukan sama ada keadaan pencahayaan memerlukan penggunaan denyar atau tidak
secara automatik.
Hidupkan denyar
Gunakan tetapan ini apabila latar belakang lebih cerah daripada subjek. Ini dapat mengeluarkan
bayangan gelap yang tidak diingini.
Pengurangan 'red eye'
Mengurangkan warna merah mata semasa mengambil foto.
Matikan
78
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Denyar dimatikan. Kadangkala, kualiti foto boleh menjadi lebih baik tanpa denyar, walaupun keadaan
pencahayaan lemah. Mengambil foto yang baik tanpa menggunakan denyar memerlukan tangan yang
stabil. Gunakan pemasa kendiri untuk mengelakkan foto yang kabur.
Lampu suluh
Lampu suluh atau kamera dihidupkan apabila anda mengambil foto.