Tetapan Internet dan MMS
Untuk menghantar mesej multimedia atau untuk mengakses Internet di tempat yang
tidak mempunyai rangkaian Wi-Fi®, anda mesti mempunyai sambungan data mudah alih
yang berfungsi dan tetapan Internet serta MMS (Khidmat Mesej Multimedia) yang betul.
Berikut terdapat beberapa petua:
•
Untuk kebanyakan rangkaian dan pengendali mudah alih, tetapan Internet dan MMS
diprapasang pada peranti anda. Anda boleh mula menggunakan Internet dan
menghantar mesej multimedia dengan serta merta.
•
Dalam sesetengah keadaan, anda mendapat pilihan untuk memuat turun tetapan
Internet dan MMS pada kali pertama anda menghidupkan peranti anda semasa kad SIM
dimasukkan. Tetapan ini turut dapat dimuat turun kemudian dari menu Tetapan.
24
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
•
Anda boleh menambahkan, menukar atau memadamkan tetapan Internet dan MMS
secara manual pada peranti anda pada bila-bila masa. Hubungi pengendali rangkaian
anda untuk mendapatkan maklumat terperinci.
•
Jika anda tidak dapat mengakses Internet melalui rangkaian mudah alih atau jika
pemesejan multimedia tidak berfungsi walaupun tetapan Internet dan MMS telah berjaya
dimuat turun ke peranti anda, rujuk pada petua menyelesai masalah untuk peranti anda
di
www.sonymobile.com/support/ untuk isu liputan rangkaian, data mudah alih dan
MMS.
Untuk memuat turun tetapan Internet dan MMS
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Lagi… > Tetapan internet.
3
Ketik
Terima. Setelah tetapan berjaya dimuat turun, muncul dalam bar status
dan data mudah alih dihidupkan secara automatik.
Jika tetapan tidak boleh dimuat turun ke peranti anda, periksa kekuatan isyarat rangkaian
mudah alih anda. Pergi ke lokasi terbuka yang tiada halangan atau berhampiran dengan
tingkap dan cuba lagi.
Untuk menyemak sama ada data mudah alih dihidupkan atau dimatikan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Semak sama ada kotak pilihan
Trafik data mudah alih ditandai atau tidak.
Untuk menambahkan tetapan Internet dan MMS secara manual
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik
Nama Pusat Akses > .
4
Ketik
Nama dan masukkan nama yang diinginkan.
5
Ketik
APN dan masukkan nama pusat akses.
6
Masukkan semua maklumat lain yang diperlukan. Jika anda tidak tahu maklumat
yang diperlukan, hubungi pengendali rangkaian anda untuk mendapatkan butiran
lanjut.
7
Setelah anda selesai, ketik , kemudian ketik
Simpan.
Untuk melihat tetapan Internet dan MMS yang dimuat turun
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik
Nama Pusat Akses.
4
Untuk melihat butiran lanjut, ketik mana-mana item yang tersedia.
Jika anda mempunyai beberapa sambungan tersedia, sambungan rangkaian aktif ditunjukkan
dengan butang yang ditandakan .
Untuk memadamkan semua tetapan Internet dan MMS
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik
Nama Pusat Akses, kemudian ketik .
4
Ketik
Tetapkn semula kepada lalai. Semua tetapan Internet dan MMS
dipadamkan.