Menyediakan e-mel
Gunakan aplikasi e-mel dalam peranti anda untuk menghantar dan menerima mesej e-
mel melalui akaun e-mel anda. Anda boleh mempunyai satu atau beberapa akaun e-mel
pada masa yang sama, termasuk akaun Microsoft Exchange ActiveSync korporat.
Untuk menyediakan akaun e-mel
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
E-mel.
3
Ikut arahan yang kelihatan pada skrin untuk melengkapkan persediaan.
Untuk sesetengah perkhidmatan e-mel, anda mungkin perlu menghubungi pembekal khidmat
e-mel anda untuk mendapatkan maklumat mengenai tetapan terperinci untuk akaun e-mel.
Untuk menambah akaun e-mel tambahan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
E-mel.
3
Jika anda menggunakan beberapa akaun e-mel, ketik
, kemudian ketik
Tambah akaun.
4
Masukkan alamat dan kata laluan e-mel anda, kemudian ketik
Seterusnya. Jika
tetapan untuk akaun e-mel tidak dapat dimuat turun secara automatik,
lengkapkan persediaan secara manual.
5
Apabila digesa, masukkan nama untuk akaun e-mel anda supaya ia mudah untuk
dikenal pasti.
6
Setelah anda selesai, ketik
Seterusnya.
Untuk menetapkan akaun e-mel sebagai akaun lalai anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
E-mel.
3
Tekan , kemudian ketik
Tetapan.
4
Pilih akaun yang anda ingin gunakan sebagai akaun lalai untuk mengarang dan
menghantar mesej e-mel.
5
Tandakan kotak semak
Akaun lalai. Peti masuk akaun lalai kelihatan setiap kali
anda membuka aplikasi e-mel.
Jika anda hanya mempunyai satu akaun e-mel, akaun ini adalah akaun lalai secara automatik.